Continue from chapter 3
Esoknya aku bangun awal untuk ke sekolah , terpaksalah bangun awal sebab aku bertugas kat kelas pulak hari ni . Sapu sampahlah , susun mejalah , susun kerusi lah alih-alih lepas balik bersepah balik . Dah mcm tongkang pecah kelas aku ni .
Sampai je kat kelas aku tgk Rizal tgh menulis , mesti menyiapkan kerja sekolah semalam ni . Rizal memang mcm tu , kalau hari ni ada kerja sekolah masa kat rumah dia buat separuh dan esoknya dia lagi separuh . Aku pun tak faham kenapa tabiat dia mcm tu . Tak boleh diubah ke
??
Aku bagi salam kat dia , dia jawab . Lepas letak beg tu aku terus tarik kerusi duduk depan dia. Aku rasa mcm nak ckap sesuatu tapi tak tau nak ckp pasal apa . Rizal tgk aku dengan muka selengge dia tu .
“Kau nak cakap apa Ya ? Pasal Afiq ke ? Apa jawapan kau pasal surat bodoh tu ?” Isy! Dia ni mcm tau je aku tgh fikir apa , apa jawapan aku pasal surat bodoh tu ehk?? Secara seriusnya aku tak rasa penting surat yang dia bagi . Haduih !! susahlah kalau gini !
“Zal,aku rasa kan .... surat yg dia bagi tu tak pentinglah , jadi tak payah susah-susah nak balas apa-apa . Kau agreed tak dgn jawapan aku ni ?” Agreedlah Rizal , aku malas gila nak pikir pasal mamat tu . Aku nak fikir mcm mana nak hafal biology serta saluran jantung , bukannya fikir mcm mana nak enjoy ! .
“Aku tak kisah . Tapi aku boleh agak hidup kau akan terseksa dalam minggu ni sebab dia akan cari kau . Minggu depan maybe bebas sikit kut sebab kita kan cuti PMR . Kiranya kau selamat dari monster tu . “ Suka hati Rizal je kutuk ketua pengawas dia.Hahaha ...
Aku dah buat muka pelik bila dia habis cakap tu . Afiq Adney nak cari aku ? Huh buat apa dia nak cari aku baik dia cari awek Korea sana , lagi cun meletup . Lagipun dia tak payah susah-susah nak cari aku , kelas dia dgn kelas aku kan jiran . Bila-bila masa je dia boleh ketuk pintu kelas aku dan mengatakan ingin berkenalan dgn aku . Masa tu aku akan cepat-cepat sorok di bawah meja . Mesti takde org yg nampak . Haha!
Tiba-tiba terdengar satu suara membuat pengumuman .
“Perhatian kepada semua pengawas sila berkumpul di bilik pengawas sekrang “ . Entah sapelah yg menyumbang suara tu . Aku dengan Rizal yang mendengar pengumuman tu terkejut kejap , kalau betul semua pengawas maka, ketua pengawas tu mesti ada . Alahh..!!! Aku rasa nak aje jerit kuat-kuat “ aku taknak pergi perjumpaan pengawas” . Haduih! Apa nak buat ni ??
“Ya jomlah .Jap lagi dah nak start perjumpaan .” Rizal menggesa aku .Aku masih diam je kat tempat duduk tu . Apalagi Rizal terus tarik aku , dia ni takkan nak seret aku dari kelas sampai bilik pengawas kut ? Tak boleh, tak boleh bahaya! . Aku lepaskan baju aku daripada tangan dia .
Tak sampai 10 minit aku dgn Rizal sampai di bilik pengawas . Bilik ni boleh tahan besarlah jugak . Pengawas sekolah ni kaya , sebab setiap kali buat spotcheck mesti jumpa barang-barang yang dilarang bawak ke sekolah . Seperti , handphone, alat solek , cermin , komik,majalah klik, dan aksesori . Bila dah kumpul barang-barang tu dptlah jugak dalam Rm2000 . Amacam ada brand tak ??
Ada dua tempat kosong , tapi tempat tu kat depan ketua pengawas duduk . Tekak aku dah rasa loya semacam pulak ni . Diaorg ada bela ikan haruan apa kat sini ? Aku suruh Rizal duduk kat depan ketua pengawas . Biarlah aku duduk jarak seorang asalkan jauh sikit daripada mendapat tentangan mata Afiq Adney . Apsal rasa berdebar semacam ni ??!!
“Nia, muka kau pucatlah . Dah mcm cookie monster aku tgk"Rizal bisik kat aku . Dia ni masih ada masa nak gurau senda dgn aku . Darah dalam badan aku ni dahlah tersumbat , mcm tak nak jalan je . Wahai darah janganlah tersumbat kat mana-mana saluran , tak kasihan ke pada aku ni !
Pintu bilik pengawas dikuak oleh seseorang , aku taknak tgk sapa yg masuk bilik tu .
“Assalamualaikum semua” Oh, itu suara yg sgt lali aku dengar sepanjang menjadi penolong ketua pengawas . Sapa lagi kalau bukan Afiq Adney ! . Aku cuba angkat sikit muka aku , angkat 5cm je dah boleh nampak mata dia bercahaya pandang aku . Aku betul-betul rasa nak termuntah ni .
Aku dah tak boleh tahan dah , aku terus lari keluar dari bilik tu dan pergi ke arah kantin . Sampai je kat sinki kantin tu , aku terus buang semua isi perut aku .
Rizal gosok-gosok belakang aku supaya aku rasa lebih lega . Selepas selesai membuang semua isi perut melalui tekak , aku rasa loya sgt . Aku pusing belakng aku nampak Rizal dgn ...Afiq Adney . Kalau Rizal tu aku tak heran sgt , kalau Adney tu aku heranlah jugak . Aduh rasa nak muntah lagi ,
“Uwekk” Aku keluarkan bunyi yg memang tak best sepanjang hidup aku .Fuh! lega sikit rasa , Rizal hulurkan aku air mineral . Dia tau masa-masa mcm ni mana aku selera minum Teh O Ais Limau . Aku tengok Adney dah hilang , huh lantak dialah .
“Ya, kau ok tak ? Apsal kau tiba-tiba muntah ni ? Patutlah muka kau pucat semacam je tadi .” Rizal ckp kat aku .
“Aku tgh tak ok ni Zal , rasa loya sgt . Nasib baik kau kejar aku kalau tak mesti aku dah pengsan kat sini” . Ni yang aku sayang kat Rizal ni , dia ni memanglah serba-serbi caring . Kalau aku sakit ke haper dia sanggup nak dtg rumah aku bawak bubur ayam yg bibik dia masakkan tu untuk aku.
“Alah ... takde apa-apalah Ya , selama ni kalau aku sakit pun kau jaga aku kan ? Sudah-sudah tak payah buat iklan kat sini . “ Rizal hulurkan gula-gula pada aku , aku harap gula-gula ni boleh hilangkan rasa loya dalam tekak ni .
Kitaorg pergi balik ke bilik pengawas tadi , selagi Adney tak habis bercakap kitaorg tak boleh pulang ke kelas . Nak kena pecat ke ??
No comments:
Post a Comment