Saturday, October 9, 2010

Chapter 4

(Rizal sebagai aku )

Aku pelik mcm mana Rania boleh muntah ? Salah makan ke ? Padanlah muka pucat je dari tadi . Kitaorg terus berjalan ke bilik pengawas . Setibanya di bilik pengawas aku dgn Rania duduk semula di tempat yg kami duduk tadi . Rania duduk sambil memicit-micit kepala . Aku gerenti sgtlah dia tak dengar apa yg Afiq Adney cakap tadi . Muka dia pun merah pucat je . Aku rasa kena mintak ubat daripada orang yg jaga bilik kesihatan tu .

Selepas selesai berucap Afiq Adney mengucapkan terima kasih dan meminta penolong ketua pengawas tinggal sebentar . Rania Cuma menurut apa yg diarahkan . Aku pun kena halau sekali , kata Adney dia ada perkara penting pasal pengawas yg perlu dibincangkan . Aku tak rasa dia nak bincang benda tu , aku rasa mesti ada something else yg dia nak ckp kat Rania . Takpe,takpe aku lepaskan dia kali ni .


Dalam bilik pengawas hanya tinggal Rania dan Adney . Adney memandang Rania dgn muka serba –salah . Dia merasakan dialah penyebab Rania muntah macam orrang bulimia tadi .
“Err..Rania ..kau ..okey... ke ?” Satu demi satu perkataan disebut supaya Rania boleh jawab soalannya . Dia faham dgn keadaan Rania yg tidak berapa selesa itu .
Rania memandang Adney dgn mata berkelip tapi tangannya masih memicit kepala yg terasa berat gila . “Err..ohh... aku tak okey , aku rasa aku nak balik kelas dululah . Tak elok duduk kat sini lama-lama . “
Semasa Rania ingin bangun untuk keluar dari situ Adney menyoalnya lagi .

“Kau .. taknak jawab soalan aku ? “ Rania dah agak dah mamat ni mesti nak tanya pasal tu . Aduh ,makin bertambah sakit kepala aku , dialog Rania dalam hati .
Rania terus pergi tanpa menjawab soalan Adney tadi . Takpe Rania I’ll wait for you answer in the future , bicara Adney sendirian . Dia juga keluar dari bilik pengawas kerana p&p akan bermula tak lama lagi . Dari jauh lagi Adney dpt melihat kelibat Rania yang sedang berjalan perlahan .

Sesampai saja Rania di kelas , Aku terus dtg menyapanya . Muka dia merah lagi , kasihan aku tgk budak ni . “Nia,nah ni ubat untuk penyakit kau yg sengal tu “ Aku hulurkan ubat yg aku ambik di kaunter kesihatan sekolah . Sekolah ni memang ada kaunter kesihatan , kira canggih jugaklah .

“Zal, kau dah boleh agak belum apa yg telah terjadi ?” Rania tanya aku dgn nada sayu .

Aku tau dia maksudkan pasal tadi . First time tau aku tgk Rania muntah kat sekolah . Ini bukan bermaksud dia tak pernah muntah kat sekolah . Pernah tu memanglah pernah tapi dulu dia pernah termuntah sebab ternampak bangkai tikus . Masa tu aku pun ikut muntah sekali pasal bau dia mcm bau tahi untalah . Busuk gila ! Nasib baik aku dgn dia tak jadi zombie kat situ

“Nia, kau sedar tak kau sakit sebab seorang budak lelaki yg bengap ?” Aku kutuk lagi ketua pengawas aku . Haha..


“Entahlah , maybe . Tadi mula-mula aku rasa berdebar tau , lepas tu masa Adney berucap aku tunduk je . Sekali bila aku pandang atas sebanyak 5cm tiba-tiba je aku rasa nak muntah . Dah tak boleh tahan dah . “ Panjang lebar Rania bercerita . Aku pun perasan apa yg berlaku tu tapi part muntah tu aku tak jangka pun . Aku gelak lepas dengar dia ckp .

“Hahaha.. boleh kira lagi eh bape centimetre kau pandang dia . Sengallah kau ni , yang kau pergi pandang 5cm tu sapa suruh . Patutnya pandanglah dalam 3cm . Takdelah kau muntah mcm ibu mengandung mak cik “ Aku sakat dia . Tu dia baru pandang 5cm , cuba kalau dia pandang 100cm . Mesti lagi haru kan ?

“Kau ni , aku tgh dok sakit-sakit ni kau bukan nak urut kaki aku , urut kepala aku ke, belikan aku burger king ke . Ni pergi sakat aku dgn budak tu buat haper ! Aku rasa kan aku salah makan kut semalam tu pasal boleh muntah bulimia . Hadeiilah !” Rania mengeluh pada aku.

“Hmm yelah-yelah nanti aku belikan burger king , tapi yg kecik jelah ye .Hehe “

“Takpelah , janji aku dpt makan .Kira Alhamdulillahlah tu . “

Kelas kitaorg pun bermula . Sila kembali ke tempat masing-masing kerana cikgu sudah sampai . Rania dgn muka pucatnya terus pusing depan . Dia duduk depan aku je , senang sikit nak berkomunikasi .

Masa rehat ....

Aku bertugas kat astaka dgn Adney . Ketua pun bertugas tau , tak boleh curi tulang pun . Aku pernah cuba nak curi tulang sebab aku malas nak bertugas . Sekali tgh aku syok makan mee sup aku nampak cikgu pengawas dah duduk sebelah aku , habis tersembur sup dalam mulut aku . Sup jelah , meenya aku dah telan dulu .Hehe..

Kesian muka cikgu tu mesti ada bau sup . Dia denda aku suruh buat karangan dalam 400 patah perkataan . Gila haper !! Patutnya aku tambah lagi semburan sup tadi dgn menggunakan paip hose baru puas hati aku . Aku bukan apa , sejak busy bertugas aku jarang dpt melepak sambil makan-makan dgn member aku . Bukannya selalu pun ... Cikgu tadi pun berlalu dgn wajah yg merah padam dan kepala dia ada tanduklah aku nampak . Haha!

Tu zaman jahiliah dululah .Sekarang ni aku jarang makan ,dan masa bertugas biasanya aku bawak buku latihan dgn nota mini sebagai rujukan . Maklumlah budak SPM kan ? Masa aku tgh khusyuk buat latihan tu , Adney datang dan duduk sebelah aku . Dia pandang aku sebelum tu .

“Err..aku nak tanya pasal Rania boleh tak ?”

“Hmm..tanya jelah apa yg kau nak tanya, tak payah minta izin pun takpe . “ Layan jelah apa ketua aku ni nak tanya .

“Dia kenapa sampai muntah-muntah tadi ? Teruk gila aku tgk" Prihatin sungguh mamat ni kat Rania . Oh , Rania untungnya kau !

“Ohh, dia tersalah telan makanan semalam katanya . “
Dia angguk-angguk . Hilang sudah rupa risau tadi dan muka dia yg peramah sebagai ketua pengawas kembali semula . Aku pun legalah sikit .
Sekrang giliran aku pulak soal siasat kau Adney , Hehe .. Niat tak baik aku dah nak start ni . Sesapa taknak stopkan ke niat aku ni ?? .

“Kenapa beriya nak Rania ?” Tanpa sebarrang kias-kiasan aku hentam je dia mcm tu . Ah, peduli haper aku ! .

“I think i like her “ Speaking sudah mat salih celup ni

“Oh, mesti ke buat mcm tu ?”

“Mesti pada aku “ Baguslah budak ni , jawapan dia selamber je takdenya nak kerut-kerut dahi pikir-pikir .

Lagi sekali aku nak puji ketua aku , you are so great ! Bravo!
Kitaorg senyap lagi .. hmm...

"Aku nak rehat kejap tau Ad" Aku bagitau dia , pasal aku tgk dia asyik duduk peluk kaki je . Apa hal ?
Aku rasa nak baringlah , mesti sejuk giler lantai simen ni . Kan bagus kalau ada tikar ke , tilam ke boleh buat alas . Aku harap baju ni tak kotor .

Rania terlihat Rizal baring di astaka , ponteng tugas ke budak ni , dialognya dalam hati .
Rania menuju ke arah Rizal dan duduk di sebelahnya . Adney tak perasan sebab dia pun tgh lelap .
Rania tersengih-sengih mcm babun kat tepi Rizal .
Dia terus menarik rambut Rizal .
Bangun ,bangun jangan tak bangun !

"Aduh , hantu manalah yg tarik rambut aku ni " Aku mengomel sendiri

"Hantu Rania yg tarik rambut kamu . Huhuhu"Aku buat suara pelik.

"Oit! kurang hasem kau Nia ! " Rania terus berlari apabila aku menjerit mcm tu . Mana kau nak lari Rania , aku ni kan atlet rumah kuning . Kau tu sekadar lompat jauh je , memang takde chance punyerlah nak lawan aku . Haha!

"Kau nak ke rambut kau ni ? Alah .. tak payahlah aku nak buat kenang-kenangan lah "

"Bak balik rambut aku , Siotlah kau ni ..nasib baik tak botak"
Nasib baik budak ni tarik tiga helai je rambut aku , kalau dia tarik 3 cekak rambut aku mcm mana ? Mau botak licin kepala aku ni . Alang-alang dah botak tu boleh aje masuk PLKN , nanti kat sana takdelah susah-susah nak botakkan kepala . Kepala ni memang dah botak semulajadi dah .

"Zal, jomlah masuk kelas , jap lagi dah nak habis rehat . " Rania ajak aku . Ecewah! tadi bukan main rosakkan kepala aku sekrang nak ajak aku pulak . Aku terus tarik telinga dia , tulah nakal lagi . Aku tak taulah bila minah ni nak bertaubat dan buangkan segala kenakalan dia yg selalu bermaharajalela ni ?

"Adoi! , sakitlah ... apsal tarik kuat sgt !" Dia menjerit kuat . Sampai Adney pun tersedar dari lelap dia .

"Padan muka ! Mcm tulah rasanya bila kau tarik 3 helai rambut aku tadi tau . Haha"Aku ketawa jahat kat dia . Haa..benganglah tu . Aku tgk Adney dah sedar , pelik jugak takkan si Rania ni tak sedar bahawasanya budak ni ada kat belakang tiang ?
Oh ye , dia kan rabun jauh , mcm manalah nak nampak dgn jelas . Dia boleh nampak aku je dgn jelas , org lain dia nampak samar-samar je . Mcm org lain tak wujud pulak kat dunia ni .

"Yelah-yelah jom nak naik kelas . " Aku terus ajak dia . Aku taknak dia nampak Adney kat situ , nanti kang dia muntah kat situ . Tak ke jenuh aku nak mengelap , dia bukannya nak bagi aku gaji .

Kitaorg pun jalan sesama . Sampai je kelas ....
"Fewitt , R&R dah sampai beb " terdengar satu suara menjerit.
"R&R tu apa kelas ?" Lagi satu suara menyampuk .
"Rehat dan Rawat cikgu " Satu kelas jawab soalan bodoh budak tadi .
Kepala dia rehat dan rawat . Saja je nak kena cepuk budak ni .

Rania terus ambik duster papan tulis dan baling kat suara-suara tadi . Kena ke tidak ekh ??
"Aduii !" Suara tu menjerit . Haha! kenalah sehh ... terror betul dia ni dalam lempar-lempar barang .
"Oit Rania, sakitlah ....siot betul dia ni . Yelah sorrry-lorry-morry-torry-korry" Panjang giler ucapan maaf dia . Yg aku faham cuma perkataan sorry je , yg lain tu entah dari mana entah dia rembat . Sesat betul

"Alahai .. sakit ke anak mak ? Kesian dia ..." Rania pujuk .
"Kesian sungguh anak mak , mana benjolnya bak sini mak tgk " Aku pun join sekali .
"Hee...kau mak nyah , tak boleh-tak boleh ..."Dia protes .
"Kuang ajar hangpa ,aku baling lagi satu das karang boleh hilang ingatan kau nanti tau . " Aku ugut dia .
"Ye,ye... sorryyyy" Fariz minta maaf lagi .

Si Fariz ni pada zahirnya memang nakal yg amat , tapi bila korang ugut dia mcm-mcm gerenti punyalah dia gentar sampai gigi pun bergetar-getar . Haha...
Sedarlah diri sikit Fariz oit, dahlah budak baik ada hati nak jadi jahat . Sungguh tak layak !

Continued....

No comments:

Post a Comment