Chapter 5
(Rania sebagai Aku )
Akhirnya tamat jugak aktiviti persekolahan hari ni , aku betul-betul letih . Dengan adengan muntah-muntah tadi lagi , pasal Adney lagi . Mcm ni ke hidup org dewasa ??
Eh , aku ni dah dewasa ke ? asal perangai mcm budak-budak lagi ?
Hisy apa-apa jelah ...
"Zal, jom balik rumah . Kau kata nak belanja aku burger king kan ??" Aku ajak Rizal balik rumah . Tapi kena jalan kaki pulak ! ni yg leceh ni , aku ni dahlah tgh mabuk tambah lagi kena jalan kaki . Makin mabuk lalatlah aku nanti .
Aku tak kira aku nak Rizal dukung aku jugak masa jalan nanti . Haha!
"Yelah-yelah nanti aku belanja burger king tu , tapi yg junior je tau . Kau mana boleh makan banyak-banyak nanti muntah pulak .” Rizal membebel kat aku . Lelaki pun nak membebel ke ?
“Okey “ . Yeah nanti dia belanja Burger King .
Kitaorg pun balik sama-sama . Panas giler cuaca hari ni . Kalau mak aku tau aku jalan dalam keadaan panas ni nanti mesti dia membebel kat aku . Aku ni terpaksalah pasang hearphone kat telinga pastu buat muka mcm faham apa yg dia ckp . Padahal kat hearphone tu aku tgh dengar lagu kuat-kuat . Haha.! Tak baik betul aku ni !
“Nah , pakai topi ni !” Rizal campak topi tu kat aku , isy.. nasib baik tak masuk longkang . Kalau masuk longkang memang dia kerah aku masuk longkang tu hanya kerana topi tu topi dia . Sape suruh baling juga kalau dah tau longkang ada kat sebelah aku ! bengong!
“Tadi kau tak nampak ke Adney kat astaka ?” Rizal tanya aku . Dia ni asyik tanya pasal adney je , tak sukalah ! Sekeh karang kepala tu baru tau .
“Hmm...eh, dia ada ke kat sana ? apsal aku tak nampak langsung ?” Huhu.. serius ni aku memang tak nampak , kalau aku nampak dah lama aku muntah . Hehe
Aku dah agak dah Rania mesti tak nampak budak tu .”Teruklah rabun kau ni . Dia ada aje kat sebelah tiang tadi . Dia pun tgh tidur tapi menyandarlah “ . Panjang lebar Rizal cerita kat aku . Malaslah nak ambik tau pasal mamat tu , rasa tak important berbanding buli kengkawan .
Apa motif si Adney ni sebenarnya ? tiba-tiba je hantar surat entah apa-apa . Pastu sebab dia aku muntah , aku macm rasa nak je cekik-cekik dia sampai dia sesak nafas . Suka menyusahkan hidup org. Benci !
Haa..sampai pun rumah , aku nak tidur kejaplah . “ Nia, nanti pukul 3 aku dtg ambik kau tau .Kalau kau tak keluar tepat pukul 3 kau cuci kereta aku . “ Isy..kurang hajor benar bentuk denda Rizal tu . Aku ni baru je lepas sakit . Hari ni merasa naik kereta dia yg mewah tu , kereta apa ekh ?
“Rizal kau naik kereta apa ?” Dia ada banyak jenis kereta , kereta mana satu ni ?
“Kereta Toyota Vios “ Dia terus blah lepas ckp tu . Kalau nak tau Rizal dah ada lessen memandu dah , dia ambik lessen ni selepas bulan 2 , kiranya dia ambik selepas hari lahir dia yg ke -17. Dalam masa seminggu dah lulus ujian .Terrorlah !
Apapun aku kenalah tunggu dia ambik aku .Sekarang ni kita tidur dulu , adik aku takde di rumah jadi takdelah rumh bersepah serta bebelan aku yg panjang mcm teks syarahan tu . Aman hidup aku. Aku terus lempar beg kat bawah meja dan berguling atas katil . Huwahh!!... nikmatnya dunia .!
Pukul 2.30 ptg...
Handphone aku berdering , haishh sapelah yg rajin sgt call aku ni ??
Angkat je telefon tu ada suara berkata " Nia kau jgn lupa pukul 3 ni "
Ceh ! Rizal rupanya .. siot je dia ni . Apa dia ingat aku bengap sgt ke sampai boleh terlupa yg dia nak amik aku pukul 3 .
Dan akhirnya tepat pukul 3 aku terdengar bunyi 'vroom.vroom' . Tak payah tgk luar pun dah tau tu bunyi kereta dia . Dia ni suka sangatlah mencemarkan alam sekitar , takde kesedaran sivik betul . Aku pun keluar dari pintu pagar , bila nak dekat je dgn kereta dia ,dia gerakkan kereta . Isy... kurang hajor !
Last-last aku buat bodoh je dgn kereta dia , sebab aku tau kalau aku dekat mesti dia jalan lagi jauh . Aku pun jalan je kat tepi jalan tu dgn mulut yg muncung mcm itik .
Rizal yg kat dalam kereta tak boleh tahan gelak lepas tgk aku mcm malas je nak kejar dia .
Dia pun cepatkan kereta untuk kejar aku .
"Nia, kau merajuk ke ?" dia tanya sambil tersengih -sengih . Aku rasa mcm nak baling je kasut ni kat dia , jgn main-main aku pakai tumit tinggi ni !
"Taklah aku merajuk . Perangai mcm hantu ! Siot je ! Penat tau tak!" Aku marah-marah dia sambil jalan .
"Alah,anak mak ni . Yelah-yelah aku dah stop ni , cepatlah masuk . " Rizal suruh aku masuk .
Huh! tau pun nak berhenti , dia ingat aku ni kangaroo ke asyik nak kejar dia je .
Continued ...
No comments:
Post a Comment