Wednesday, October 20, 2010

Aku pun masuk dalam kereta dia . Dalam hati geram je . Masa nak masuk dalam kereta tu aku ternampak ada org di belakang . Eh , mcm kenallah ! Sape ekh ?
Ohh ... Hanif dgn Faizal rupanya . Diaorg ni kawan Rizal . Antara dua orang tu aku minat kat faizal .
Hehe ..Rizal pun tau pasal ni , tapi dia dah janji nak simpan rahsia ni . Kalau dia mungkir janji aku pun boleh aje nak bocorkan rahsia .

“Oit korang , whats up ?” Aku tegur diaorg kat belakang . Diaorg pun sengih aje . Comellah sangat sengih mcm beruk tu . Aku duduk depan dgn Rizal . Rizal pun pandu kereta dia mcm biasa dgn tujuan untuk pergi ke burger king .
Aku sibuk cari siaran radio hitz.fm . Rizal tak kisah .. dia biar aje aku buat mcm tu dia pun memang dengar siaran tu .

Dalam 15 minit gitu kitaorg pun sampai kat burger king .

Kalau nak tau burger king punya kedai bersebelahan dgn stesen minyak petronas . Aku terus masuk burger king untuk choop tempat yg paling best supaya tak terkena asap kereta . Dinasihatkan kalau kat sini jgn makan kat luar , memang gerenti lah muntah lepas makan tu sebab kat luar ada mcm-mcm bau . Bau minyak,bau asap dan sebagainyalah .

“haa,,,cepat nak order apa , aku nak orderkan ni .. “ Rizal ckp kat kitaorg bertiga

“Aku nak whooper yg ...” Aku teragak-agak nak pilih mana satu

“Yg junior sudah , aku kan dah kata kau tak boleh makan banyak “ Rizal potong ckp aku . Dia ni memang suka mengawal segala makan minum aku . Nak suruh aku mati agaknya asyik makan sikit je. Kalau aku membantah je apa dia ckp , mesti dia akan ungkitkan bahawasannya banyak seluar aku yg dah ketat mcm sarung nangka sebab asyik makan pastu main game . Pastu dia suka dera aku pergi jogging kat taman yg berhampiran rumah aku tu . Siot!

Faizal dgn Hanif pun pilih yg junior ,sama mcm aku . Yeh,yeh ada geng ! Aku jelir lidah kat Rizal . Dia je kot yg beriya-riya nak makan saiz besar . Entah apa natijahnya makan saiz besar sedangkan rasanya hampir sama .
Masa Rizal pergi order tu aku keluarkan hanphone dan buka lagu , mcm biasalah tak lagu korea lagu inggeris .

“Rania , kau bukak lagu apa tu ? kitaorg pun nak dengar jugak “ Hanif ckp dgn aku . Masa ni hearphone tgh terlekat kat kepala aku . Aku punya dah blurr bila tgk mulut dia bergerak tapi tak dengar suara . Aku tanggal earphone tu pastu tgk muka diaorg..

“Kau ckp dgn aku ke ?” Dgn selambernya aku menanya .

“Eih,kau ni aku ingat kau dgr apa aku ckp tadi " Ayat dia tu ternyata ada reaksi bengang . Haha.. padan muka ! sapa suruh ckp masa aku tgh syok dgr lagu .

Aku tgk Faizal senyap je kat sebelah . sakit ke dia ni ??

"Jal, kau okey ke ? asal senyap semcm je ?" Faizal terpinga-pinga apabila aku tanya dia mcm tu . Sudah habis berangan kah ??

"Haa,,,aku okey je cuma ...aku tgh lapar .." Dgn suara kesian dia jawab . Laparlah sgt !

"Ohh..kau ...aku tanya kau tak jawab , faizal diam kau tanya dia pulak . Jahatlah kau ni " Hanif bising-bisng dgn aku

Dia dah mula dgn perangai 'jambu aww-aww" dia tu . Kena pujuk ke dia ni , tapi aku tgk mulut dia mcm dah muncung je . Pujuk ajelah ...

"Alah...anak mak , itupun nak merajuk ke ? Kot ye pun jgnlah merrajuk dgn lelaki Nip oit . Kau tu pun lelaki " Aku pujuk dia dgn bahasa kasar sikit . Sikit ajelah !

Sekali dia punya muka jadi warna merah jambu . Sesuai sgtlah dgn panggilah "jambu aww-aww " tu ... Muka aku pun tak pernah tukar jadi warna pink . Ni dia yg lelaki senang-senang je dpt warna pink masa dia rasa malu .




Monday, October 11, 2010

Chapter 5

(Rania sebagai Aku )

Akhirnya tamat jugak aktiviti persekolahan hari ni , aku betul-betul letih . Dengan adengan muntah-muntah tadi lagi , pasal Adney lagi . Mcm ni ke hidup org dewasa ??
Eh , aku ni dah dewasa ke ? asal perangai mcm budak-budak lagi ?
Hisy apa-apa jelah ...

"Zal, jom balik rumah . Kau kata nak belanja aku burger king kan ??" Aku ajak Rizal balik rumah . Tapi kena jalan kaki pulak ! ni yg leceh ni , aku ni dahlah tgh mabuk tambah lagi kena jalan kaki . Makin mabuk lalatlah aku nanti .
Aku tak kira aku nak Rizal dukung aku jugak masa jalan nanti . Haha!

"Yelah-yelah nanti aku belanja burger king tu , tapi yg junior je tau . Kau mana boleh makan banyak-banyak nanti muntah pulak .” Rizal membebel kat aku . Lelaki pun nak membebel ke ?
“Okey “ . Yeah nanti dia belanja Burger King .
Kitaorg pun balik sama-sama . Panas giler cuaca hari ni . Kalau mak aku tau aku jalan dalam keadaan panas ni nanti mesti dia membebel kat aku . Aku ni terpaksalah pasang hearphone kat telinga pastu buat muka mcm faham apa yg dia ckp . Padahal kat hearphone tu aku tgh dengar lagu kuat-kuat . Haha.! Tak baik betul aku ni !

“Nah , pakai topi ni !” Rizal campak topi tu kat aku , isy.. nasib baik tak masuk longkang . Kalau masuk longkang memang dia kerah aku masuk longkang tu hanya kerana topi tu topi dia . Sape suruh baling juga kalau dah tau longkang ada kat sebelah aku ! bengong!

“Tadi kau tak nampak ke Adney kat astaka ?” Rizal tanya aku . Dia ni asyik tanya pasal adney je , tak sukalah ! Sekeh karang kepala tu baru tau .

“Hmm...eh, dia ada ke kat sana ? apsal aku tak nampak langsung ?” Huhu.. serius ni aku memang tak nampak , kalau aku nampak dah lama aku muntah . Hehe
Aku dah agak dah Rania mesti tak nampak budak tu .”Teruklah rabun kau ni . Dia ada aje kat sebelah tiang tadi . Dia pun tgh tidur tapi menyandarlah “ . Panjang lebar Rizal cerita kat aku . Malaslah nak ambik tau pasal mamat tu , rasa tak important berbanding buli kengkawan .

Apa motif si Adney ni sebenarnya ? tiba-tiba je hantar surat entah apa-apa . Pastu sebab dia aku muntah , aku macm rasa nak je cekik-cekik dia sampai dia sesak nafas . Suka menyusahkan hidup org. Benci !

Haa..sampai pun rumah , aku nak tidur kejaplah . “ Nia, nanti pukul 3 aku dtg ambik kau tau .Kalau kau tak keluar tepat pukul 3 kau cuci kereta aku . “ Isy..kurang hajor benar bentuk denda Rizal tu . Aku ni baru je lepas sakit . Hari ni merasa naik kereta dia yg mewah tu , kereta apa ekh ?

“Rizal kau naik kereta apa ?” Dia ada banyak jenis kereta , kereta mana satu ni ?

“Kereta Toyota Vios “ Dia terus blah lepas ckp tu . Kalau nak tau Rizal dah ada lessen memandu dah , dia ambik lessen ni selepas bulan 2 , kiranya dia ambik selepas hari lahir dia yg ke -17. Dalam masa seminggu dah lulus ujian .Terrorlah !

Apapun aku kenalah tunggu dia ambik aku .Sekarang ni kita tidur dulu , adik aku takde di rumah jadi takdelah rumh bersepah serta bebelan aku yg panjang mcm teks syarahan tu . Aman hidup aku. Aku terus lempar beg kat bawah meja dan berguling atas katil . Huwahh!!... nikmatnya dunia .!

Pukul 2.30 ptg...

Handphone aku berdering , haishh sapelah yg rajin sgt call aku ni ??
Angkat je telefon tu ada suara berkata " Nia kau jgn lupa pukul 3 ni "
Ceh ! Rizal rupanya .. siot je dia ni . Apa dia ingat aku bengap sgt ke sampai boleh terlupa yg dia nak amik aku pukul 3 .
Dan akhirnya tepat pukul 3 aku terdengar bunyi 'vroom.vroom' . Tak payah tgk luar pun dah tau tu bunyi kereta dia . Dia ni suka sangatlah mencemarkan alam sekitar , takde kesedaran sivik betul . Aku pun keluar dari pintu pagar , bila nak dekat je dgn kereta dia ,dia gerakkan kereta . Isy... kurang hajor !

Last-last aku buat bodoh je dgn kereta dia , sebab aku tau kalau aku dekat mesti dia jalan lagi jauh . Aku pun jalan je kat tepi jalan tu dgn mulut yg muncung mcm itik .
Rizal yg kat dalam kereta tak boleh tahan gelak lepas tgk aku mcm malas je nak kejar dia .
Dia pun cepatkan kereta untuk kejar aku .
"Nia, kau merajuk ke ?" dia tanya sambil tersengih -sengih . Aku rasa mcm nak baling je kasut ni kat dia , jgn main-main aku pakai tumit tinggi ni !

"Taklah aku merajuk . Perangai mcm hantu ! Siot je ! Penat tau tak!" Aku marah-marah dia sambil jalan .

"Alah,anak mak ni . Yelah-yelah aku dah stop ni , cepatlah masuk . " Rizal suruh aku masuk .
Huh! tau pun nak berhenti , dia ingat aku ni kangaroo ke asyik nak kejar dia je .

Continued ...

Saturday, October 9, 2010

Chapter 4

(Rizal sebagai aku )

Aku pelik mcm mana Rania boleh muntah ? Salah makan ke ? Padanlah muka pucat je dari tadi . Kitaorg terus berjalan ke bilik pengawas . Setibanya di bilik pengawas aku dgn Rania duduk semula di tempat yg kami duduk tadi . Rania duduk sambil memicit-micit kepala . Aku gerenti sgtlah dia tak dengar apa yg Afiq Adney cakap tadi . Muka dia pun merah pucat je . Aku rasa kena mintak ubat daripada orang yg jaga bilik kesihatan tu .

Selepas selesai berucap Afiq Adney mengucapkan terima kasih dan meminta penolong ketua pengawas tinggal sebentar . Rania Cuma menurut apa yg diarahkan . Aku pun kena halau sekali , kata Adney dia ada perkara penting pasal pengawas yg perlu dibincangkan . Aku tak rasa dia nak bincang benda tu , aku rasa mesti ada something else yg dia nak ckp kat Rania . Takpe,takpe aku lepaskan dia kali ni .


Dalam bilik pengawas hanya tinggal Rania dan Adney . Adney memandang Rania dgn muka serba –salah . Dia merasakan dialah penyebab Rania muntah macam orrang bulimia tadi .
“Err..Rania ..kau ..okey... ke ?” Satu demi satu perkataan disebut supaya Rania boleh jawab soalannya . Dia faham dgn keadaan Rania yg tidak berapa selesa itu .
Rania memandang Adney dgn mata berkelip tapi tangannya masih memicit kepala yg terasa berat gila . “Err..ohh... aku tak okey , aku rasa aku nak balik kelas dululah . Tak elok duduk kat sini lama-lama . “
Semasa Rania ingin bangun untuk keluar dari situ Adney menyoalnya lagi .

“Kau .. taknak jawab soalan aku ? “ Rania dah agak dah mamat ni mesti nak tanya pasal tu . Aduh ,makin bertambah sakit kepala aku , dialog Rania dalam hati .
Rania terus pergi tanpa menjawab soalan Adney tadi . Takpe Rania I’ll wait for you answer in the future , bicara Adney sendirian . Dia juga keluar dari bilik pengawas kerana p&p akan bermula tak lama lagi . Dari jauh lagi Adney dpt melihat kelibat Rania yang sedang berjalan perlahan .

Sesampai saja Rania di kelas , Aku terus dtg menyapanya . Muka dia merah lagi , kasihan aku tgk budak ni . “Nia,nah ni ubat untuk penyakit kau yg sengal tu “ Aku hulurkan ubat yg aku ambik di kaunter kesihatan sekolah . Sekolah ni memang ada kaunter kesihatan , kira canggih jugaklah .

“Zal, kau dah boleh agak belum apa yg telah terjadi ?” Rania tanya aku dgn nada sayu .

Aku tau dia maksudkan pasal tadi . First time tau aku tgk Rania muntah kat sekolah . Ini bukan bermaksud dia tak pernah muntah kat sekolah . Pernah tu memanglah pernah tapi dulu dia pernah termuntah sebab ternampak bangkai tikus . Masa tu aku pun ikut muntah sekali pasal bau dia mcm bau tahi untalah . Busuk gila ! Nasib baik aku dgn dia tak jadi zombie kat situ

“Nia, kau sedar tak kau sakit sebab seorang budak lelaki yg bengap ?” Aku kutuk lagi ketua pengawas aku . Haha..


“Entahlah , maybe . Tadi mula-mula aku rasa berdebar tau , lepas tu masa Adney berucap aku tunduk je . Sekali bila aku pandang atas sebanyak 5cm tiba-tiba je aku rasa nak muntah . Dah tak boleh tahan dah . “ Panjang lebar Rania bercerita . Aku pun perasan apa yg berlaku tu tapi part muntah tu aku tak jangka pun . Aku gelak lepas dengar dia ckp .

“Hahaha.. boleh kira lagi eh bape centimetre kau pandang dia . Sengallah kau ni , yang kau pergi pandang 5cm tu sapa suruh . Patutnya pandanglah dalam 3cm . Takdelah kau muntah mcm ibu mengandung mak cik “ Aku sakat dia . Tu dia baru pandang 5cm , cuba kalau dia pandang 100cm . Mesti lagi haru kan ?

“Kau ni , aku tgh dok sakit-sakit ni kau bukan nak urut kaki aku , urut kepala aku ke, belikan aku burger king ke . Ni pergi sakat aku dgn budak tu buat haper ! Aku rasa kan aku salah makan kut semalam tu pasal boleh muntah bulimia . Hadeiilah !” Rania mengeluh pada aku.

“Hmm yelah-yelah nanti aku belikan burger king , tapi yg kecik jelah ye .Hehe “

“Takpelah , janji aku dpt makan .Kira Alhamdulillahlah tu . “

Kelas kitaorg pun bermula . Sila kembali ke tempat masing-masing kerana cikgu sudah sampai . Rania dgn muka pucatnya terus pusing depan . Dia duduk depan aku je , senang sikit nak berkomunikasi .

Masa rehat ....

Aku bertugas kat astaka dgn Adney . Ketua pun bertugas tau , tak boleh curi tulang pun . Aku pernah cuba nak curi tulang sebab aku malas nak bertugas . Sekali tgh aku syok makan mee sup aku nampak cikgu pengawas dah duduk sebelah aku , habis tersembur sup dalam mulut aku . Sup jelah , meenya aku dah telan dulu .Hehe..

Kesian muka cikgu tu mesti ada bau sup . Dia denda aku suruh buat karangan dalam 400 patah perkataan . Gila haper !! Patutnya aku tambah lagi semburan sup tadi dgn menggunakan paip hose baru puas hati aku . Aku bukan apa , sejak busy bertugas aku jarang dpt melepak sambil makan-makan dgn member aku . Bukannya selalu pun ... Cikgu tadi pun berlalu dgn wajah yg merah padam dan kepala dia ada tanduklah aku nampak . Haha!

Tu zaman jahiliah dululah .Sekarang ni aku jarang makan ,dan masa bertugas biasanya aku bawak buku latihan dgn nota mini sebagai rujukan . Maklumlah budak SPM kan ? Masa aku tgh khusyuk buat latihan tu , Adney datang dan duduk sebelah aku . Dia pandang aku sebelum tu .

“Err..aku nak tanya pasal Rania boleh tak ?”

“Hmm..tanya jelah apa yg kau nak tanya, tak payah minta izin pun takpe . “ Layan jelah apa ketua aku ni nak tanya .

“Dia kenapa sampai muntah-muntah tadi ? Teruk gila aku tgk" Prihatin sungguh mamat ni kat Rania . Oh , Rania untungnya kau !

“Ohh, dia tersalah telan makanan semalam katanya . “
Dia angguk-angguk . Hilang sudah rupa risau tadi dan muka dia yg peramah sebagai ketua pengawas kembali semula . Aku pun legalah sikit .
Sekrang giliran aku pulak soal siasat kau Adney , Hehe .. Niat tak baik aku dah nak start ni . Sesapa taknak stopkan ke niat aku ni ?? .

“Kenapa beriya nak Rania ?” Tanpa sebarrang kias-kiasan aku hentam je dia mcm tu . Ah, peduli haper aku ! .

“I think i like her “ Speaking sudah mat salih celup ni

“Oh, mesti ke buat mcm tu ?”

“Mesti pada aku “ Baguslah budak ni , jawapan dia selamber je takdenya nak kerut-kerut dahi pikir-pikir .

Lagi sekali aku nak puji ketua aku , you are so great ! Bravo!
Kitaorg senyap lagi .. hmm...

"Aku nak rehat kejap tau Ad" Aku bagitau dia , pasal aku tgk dia asyik duduk peluk kaki je . Apa hal ?
Aku rasa nak baringlah , mesti sejuk giler lantai simen ni . Kan bagus kalau ada tikar ke , tilam ke boleh buat alas . Aku harap baju ni tak kotor .

Rania terlihat Rizal baring di astaka , ponteng tugas ke budak ni , dialognya dalam hati .
Rania menuju ke arah Rizal dan duduk di sebelahnya . Adney tak perasan sebab dia pun tgh lelap .
Rania tersengih-sengih mcm babun kat tepi Rizal .
Dia terus menarik rambut Rizal .
Bangun ,bangun jangan tak bangun !

"Aduh , hantu manalah yg tarik rambut aku ni " Aku mengomel sendiri

"Hantu Rania yg tarik rambut kamu . Huhuhu"Aku buat suara pelik.

"Oit! kurang hasem kau Nia ! " Rania terus berlari apabila aku menjerit mcm tu . Mana kau nak lari Rania , aku ni kan atlet rumah kuning . Kau tu sekadar lompat jauh je , memang takde chance punyerlah nak lawan aku . Haha!

"Kau nak ke rambut kau ni ? Alah .. tak payahlah aku nak buat kenang-kenangan lah "

"Bak balik rambut aku , Siotlah kau ni ..nasib baik tak botak"
Nasib baik budak ni tarik tiga helai je rambut aku , kalau dia tarik 3 cekak rambut aku mcm mana ? Mau botak licin kepala aku ni . Alang-alang dah botak tu boleh aje masuk PLKN , nanti kat sana takdelah susah-susah nak botakkan kepala . Kepala ni memang dah botak semulajadi dah .

"Zal, jomlah masuk kelas , jap lagi dah nak habis rehat . " Rania ajak aku . Ecewah! tadi bukan main rosakkan kepala aku sekrang nak ajak aku pulak . Aku terus tarik telinga dia , tulah nakal lagi . Aku tak taulah bila minah ni nak bertaubat dan buangkan segala kenakalan dia yg selalu bermaharajalela ni ?

"Adoi! , sakitlah ... apsal tarik kuat sgt !" Dia menjerit kuat . Sampai Adney pun tersedar dari lelap dia .

"Padan muka ! Mcm tulah rasanya bila kau tarik 3 helai rambut aku tadi tau . Haha"Aku ketawa jahat kat dia . Haa..benganglah tu . Aku tgk Adney dah sedar , pelik jugak takkan si Rania ni tak sedar bahawasanya budak ni ada kat belakang tiang ?
Oh ye , dia kan rabun jauh , mcm manalah nak nampak dgn jelas . Dia boleh nampak aku je dgn jelas , org lain dia nampak samar-samar je . Mcm org lain tak wujud pulak kat dunia ni .

"Yelah-yelah jom nak naik kelas . " Aku terus ajak dia . Aku taknak dia nampak Adney kat situ , nanti kang dia muntah kat situ . Tak ke jenuh aku nak mengelap , dia bukannya nak bagi aku gaji .

Kitaorg pun jalan sesama . Sampai je kelas ....
"Fewitt , R&R dah sampai beb " terdengar satu suara menjerit.
"R&R tu apa kelas ?" Lagi satu suara menyampuk .
"Rehat dan Rawat cikgu " Satu kelas jawab soalan bodoh budak tadi .
Kepala dia rehat dan rawat . Saja je nak kena cepuk budak ni .

Rania terus ambik duster papan tulis dan baling kat suara-suara tadi . Kena ke tidak ekh ??
"Aduii !" Suara tu menjerit . Haha! kenalah sehh ... terror betul dia ni dalam lempar-lempar barang .
"Oit Rania, sakitlah ....siot betul dia ni . Yelah sorrry-lorry-morry-torry-korry" Panjang giler ucapan maaf dia . Yg aku faham cuma perkataan sorry je , yg lain tu entah dari mana entah dia rembat . Sesat betul

"Alahai .. sakit ke anak mak ? Kesian dia ..." Rania pujuk .
"Kesian sungguh anak mak , mana benjolnya bak sini mak tgk " Aku pun join sekali .
"Hee...kau mak nyah , tak boleh-tak boleh ..."Dia protes .
"Kuang ajar hangpa ,aku baling lagi satu das karang boleh hilang ingatan kau nanti tau . " Aku ugut dia .
"Ye,ye... sorryyyy" Fariz minta maaf lagi .

Si Fariz ni pada zahirnya memang nakal yg amat , tapi bila korang ugut dia mcm-mcm gerenti punyalah dia gentar sampai gigi pun bergetar-getar . Haha...
Sedarlah diri sikit Fariz oit, dahlah budak baik ada hati nak jadi jahat . Sungguh tak layak !

Continued....

Friday, October 8, 2010

Continue from chapter 3

Esoknya aku bangun awal untuk ke sekolah , terpaksalah bangun awal sebab aku bertugas kat kelas pulak hari ni . Sapu sampahlah , susun mejalah , susun kerusi lah alih-alih lepas balik bersepah balik . Dah mcm tongkang pecah kelas aku ni .

Sampai je kat kelas aku tgk Rizal tgh menulis , mesti menyiapkan kerja sekolah semalam ni . Rizal memang mcm tu , kalau hari ni ada kerja sekolah masa kat rumah dia buat separuh dan esoknya dia lagi separuh . Aku pun tak faham kenapa tabiat dia mcm tu . Tak boleh diubah ke
??
Aku bagi salam kat dia , dia jawab . Lepas letak beg tu aku terus tarik kerusi duduk depan dia. Aku rasa mcm nak ckap sesuatu tapi tak tau nak ckp pasal apa . Rizal tgk aku dengan muka selengge dia tu .

“Kau nak cakap apa Ya ? Pasal Afiq ke ? Apa jawapan kau pasal surat bodoh tu ?” Isy! Dia ni mcm tau je aku tgh fikir apa , apa jawapan aku pasal surat bodoh tu ehk?? Secara seriusnya aku tak rasa penting surat yang dia bagi . Haduih !! susahlah kalau gini !


“Zal,aku rasa kan .... surat yg dia bagi tu tak pentinglah , jadi tak payah susah-susah nak balas apa-apa . Kau agreed tak dgn jawapan aku ni ?” Agreedlah Rizal , aku malas gila nak pikir pasal mamat tu . Aku nak fikir mcm mana nak hafal biology serta saluran jantung , bukannya fikir mcm mana nak enjoy ! .

“Aku tak kisah . Tapi aku boleh agak hidup kau akan terseksa dalam minggu ni sebab dia akan cari kau . Minggu depan maybe bebas sikit kut sebab kita kan cuti PMR . Kiranya kau selamat dari monster tu . “ Suka hati Rizal je kutuk ketua pengawas dia.Hahaha ...

Aku dah buat muka pelik bila dia habis cakap tu . Afiq Adney nak cari aku ? Huh buat apa dia nak cari aku baik dia cari awek Korea sana , lagi cun meletup . Lagipun dia tak payah susah-susah nak cari aku , kelas dia dgn kelas aku kan jiran . Bila-bila masa je dia boleh ketuk pintu kelas aku dan mengatakan ingin berkenalan dgn aku . Masa tu aku akan cepat-cepat sorok di bawah meja . Mesti takde org yg nampak . Haha!

Tiba-tiba terdengar satu suara membuat pengumuman .

“Perhatian kepada semua pengawas sila berkumpul di bilik pengawas sekrang “ . Entah sapelah yg menyumbang suara tu . Aku dengan Rizal yang mendengar pengumuman tu terkejut kejap , kalau betul semua pengawas maka, ketua pengawas tu mesti ada . Alahh..!!! Aku rasa nak aje jerit kuat-kuat “ aku taknak pergi perjumpaan pengawas” . Haduih! Apa nak buat ni ??

“Ya jomlah .Jap lagi dah nak start perjumpaan .” Rizal menggesa aku .Aku masih diam je kat tempat duduk tu . Apalagi Rizal terus tarik aku , dia ni takkan nak seret aku dari kelas sampai bilik pengawas kut ? Tak boleh, tak boleh bahaya! . Aku lepaskan baju aku daripada tangan dia .

Tak sampai 10 minit aku dgn Rizal sampai di bilik pengawas . Bilik ni boleh tahan besarlah jugak . Pengawas sekolah ni kaya , sebab setiap kali buat spotcheck mesti jumpa barang-barang yang dilarang bawak ke sekolah . Seperti , handphone, alat solek , cermin , komik,majalah klik, dan aksesori . Bila dah kumpul barang-barang tu dptlah jugak dalam Rm2000 . Amacam ada brand tak ??

Ada dua tempat kosong , tapi tempat tu kat depan ketua pengawas duduk . Tekak aku dah rasa loya semacam pulak ni . Diaorg ada bela ikan haruan apa kat sini ? Aku suruh Rizal duduk kat depan ketua pengawas . Biarlah aku duduk jarak seorang asalkan jauh sikit daripada mendapat tentangan mata Afiq Adney . Apsal rasa berdebar semacam ni ??!!

“Nia, muka kau pucatlah . Dah mcm cookie monster aku tgk"
Rizal bisik kat aku . Dia ni masih ada masa nak gurau senda dgn aku . Darah dalam badan aku ni dahlah tersumbat , mcm tak nak jalan je . Wahai darah janganlah tersumbat kat mana-mana saluran , tak kasihan ke pada aku ni !
Pintu bilik pengawas dikuak oleh seseorang , aku taknak tgk sapa yg masuk bilik tu .

“Assalamualaikum semua” Oh, itu suara yg sgt lali aku dengar sepanjang menjadi penolong ketua pengawas . Sapa lagi kalau bukan Afiq Adney ! . Aku cuba angkat sikit muka aku , angkat 5cm je dah boleh nampak mata dia bercahaya pandang aku . Aku betul-betul rasa nak termuntah ni .

Aku dah tak boleh tahan dah , aku terus lari keluar dari bilik tu dan pergi ke arah kantin . Sampai je kat sinki kantin tu , aku terus buang semua isi perut aku .
Rizal gosok-gosok belakang aku supaya aku rasa lebih lega . Selepas selesai membuang semua isi perut melalui tekak , aku rasa loya sgt . Aku pusing belakng aku nampak Rizal dgn ...Afiq Adney . Kalau Rizal tu aku tak heran sgt , kalau Adney tu aku heranlah jugak . Aduh rasa nak muntah lagi ,

“Uwekk” Aku keluarkan bunyi yg memang tak best sepanjang hidup aku .Fuh! lega sikit rasa , Rizal hulurkan aku air mineral . Dia tau masa-masa mcm ni mana aku selera minum Teh O Ais Limau . Aku tengok Adney dah hilang , huh lantak dialah .

“Ya, kau ok tak ? Apsal kau tiba-tiba muntah ni ? Patutlah muka kau pucat semacam je tadi .” Rizal ckp kat aku .

“Aku tgh tak ok ni Zal , rasa loya sgt . Nasib baik kau kejar aku kalau tak mesti aku dah pengsan kat sini” . Ni yang aku sayang kat Rizal ni , dia ni memanglah serba-serbi caring . Kalau aku sakit ke haper dia sanggup nak dtg rumah aku bawak bubur ayam yg bibik dia masakkan tu untuk aku.

“Alah ... takde apa-apalah Ya , selama ni kalau aku sakit pun kau jaga aku kan ? Sudah-sudah tak payah buat iklan kat sini . “ Rizal hulurkan gula-gula pada aku , aku harap gula-gula ni boleh hilangkan rasa loya dalam tekak ni .


Kitaorg pergi balik ke bilik pengawas tadi , selagi Adney tak habis bercakap kitaorg tak boleh pulang ke kelas . Nak kena pecat ke ??

Thursday, October 7, 2010

Chapter 3

(Rania sebagai Aku )

Akhirnya aku terpaksa menceritakan semuanya pada Rizal . Bukan terpaksa tapi dipaksa!
Masa aku cerita tu Rizal punya stail ternganga lain sikit , style dia ternganga pastu mata jadi juliing , Nak tergelak aku tgk dia mcm tu ..
Secara dasarnya , aku tak jarang perasan kehadiran Afiq Adney dalam hidup aku .
Dia cuma ketua aku , itu je aku tau yg lain go awaylah ... takdenya nak pikir-piki mana part muka dia yg hensem , mana part badan dia yg tough , mana part dia yg comel , ..
huhu,.. serius takde masa ...
baiklah pikir mcm mana buat add math yg susah giler nak mampus tu
bukan sebarang subjek add math ni ..

Lepas cerita semua benda tak berfaedah tu , aku pun bergerak balik rumah aku
jarak rumah dia dari rumah aku ni cumalah 50 langkah ..
aku ni aje yg beriya malas mcm badak berendam . Sampai je kat depan gate tu aku dah dengar bunyi senapang raiffel . Aku agak dah adik aku tgh main palystation 2 .
Itu ajelah kerjanya sejak habis UPSR ni , sungguh tidak menghargai masa . Kalau diikutkan hati nak aje aku edarkan jadual jadi amah kat rumah ni . Mana taknya .. asal balik je semua kusyen berterabur , meja makan bersepah , dvd game berselerak . Kadang-kadang aku terfikir bayi ke duduk kat rumah ni masa aku sekolah ??
Tapi bila masuk rumah tgk seorang budak lelaki berusia 12 tahun tgh duduk gaya malas dgn playstion di tgn . Mai sini aku tgn hang !!


"Dik , kau ni bayi ke babi ekhh ??asal aku balik rumah je mesti bersepah , tapi masa pergi tadi elok je kemas tersusun rumah ni . Haiii apalah nak jadi dgn kau ni ??"Aku bebel kat dia

"Aku alien dari pluto . Biarlah , jap gi org kemaslah . " Dia bagi alasan . Ceh ! dah berjuta kali aku dengar alasan yg sama . Nak aje aku campak gelas kaca yg ada kat tangan aku ni .

"Haa.. yelah-yelah org tau , nak campak sgt kan gelas tu , campaklah sampai rasa puas ." Dia ckp lagi kat aku . Aku dah bengang je kat meja makan tu . Campak betul-betul karang report kat mak !

Malas aku nak layan monster ni baik berguling dalam bilik lagi bagus . Masuk je bilik aku terus terjun atas katil . Alangkah bagusnya kalau katil ni aku boleh seret sampai sekolah . Nanti kalau kat sekolah kalau aku ngantuk ke , malas ke , bosan ke boleh membuta kat katil ni .
Huh gerenti sagatlah kalau cikgu mesti dia dah siap dgn parang kat tangan dgn niat untuk sembelih aku .
Di tangan aku sekarang ,ada sepucuk surat tanpa stem tapi bak kata Rizal ada cop mohor .

Aku tak faham apa natijahnya tulis surat ni kat aku ? Apa dia ingat aku nak layan ke ? Aku ni bukan seperti yg org lain nampak . Luaran aku lain, dalaman pulak lain sangat .
Aku bukan jenis yg mudah berperasaan . Orang yg paling tau tentang aku ialah Rizal . Dia selalu ckp dgn aku :
"Nia, bilalah kau ni nak ada perasaan ? Bila kau nak jadi normal ni ?"
Cara dia cakap tu mcm aku tak normal pulak . Kalau aku tak normal memang dia dah lama kena penumbuk waja aku ni .
lagi satu dialog yg dia suka ckp mcm ni :

"Ya, kenapa kau boleh ada emosi bila tgk cerita korea,jepun ,taiwan tapi takde pada seorang manusia ?? Mak kau pun dulu takde perasaan apa ? Kau ni memanglah terencat emosi Nia "
Masa aku dengar dialog ni , aku rasa mcm nak campak je dia kat longkang belakang rumah tu !
Geram je tgk struktur ayat dia . Aku manalah tau aku ni terencat emosi ke haper ke .. Aku tak mau tahu semua benda tu .

continue .........


Wednesday, October 6, 2010

Continue From Chapter 2

(Rizal sebagai aku )

Aku langsung tak tergoda dgn budak bimbo tadi .

"Wey, kau tau tak dia nak goda kau Zal ?" Rania tanya aku
"Tau sesangat . Tgk perangai dia yg ala-ala spastik tu pun aku dah tau "
"Apa yg spastiknya ? " Soal Rania lagi
"Kau perasan tak masa dia ckp dgn kita tadi , kening dia asyik terangkat-angkat je ..tulah maksud aku spastik . Haha"Aku menjelaskan . Serius sangat ke penyakit kening terangkat tu ??
aku pun tak tau .. Bila ditgk pada gaya Gadis tadi , aku sure 100% mesti sgt serius !

Sampai je kat rumah aku , aku masih pelik tgk Rania .
"Kau tau tak aku rasa sunyi je hari ni ?"Aku ckp kat dia . Dia dah pelik
"Kenapa dgn kau ? kau ni mcm ada problem je ? Taknak ckp kat aku ke ?"Aku ckp lagi
Rania tgk aku lagi pastu dia terus blah mcm tu aje tanpa answer question aku . Budak ni kan memang nak kena piat agaknya!
Aku tak kira aku nak tau jugak apa dah jadi . Kalau nak tunggu budak ni bagitau esok gerenti sampai bangunan sekolah tu roboh pun dia buat tak tau je .

"Rania stop right there !" Aku bagi arahan kat dia . Dia pun stop .Aku datang kat dia ..
"Fine! kau nak tau kan apa prob aku ? . " Dia keluarkan satu benda dari poket baju dia .
Oh, surat rupanya ! Tapi surat apa ye ?
"Kau tgklah benda alah ni . " DIa hulur surat tu kat aku . Hmm...zaman sekrang ni masih ada lagi makhluk bumi yg ingat pada format surat lagi rupanya , aku ingatkan tau taip SMS je .Bagus betul budak ni!

Aku mula meneliti setiap huruf dan perkataan yg dieja dan ditulis dalam surat tu . Terharu sehh aku rasa ! Hahaha... gila puitis ayat dia .. hampir menitis tahi mata aku ni tau !
"Amacam ? apa rasa lepas baca surat tak guna tu ? terharu giler kan ?" Rania tanya aku . Dia tau aje apa yg aku rasa

"Jom masuk rumah aku , aku tak sabar giler nak dengar kau cerita ni ?" Aku terus tarik dia masuk rumah aku . No worries , dia dah biasa duduk serumah dgn aku . Dulu tiap-tiap hari dia bertandang ke rumah aku sampai jiran sebelah pun jealous . Maklumlah kami kan Rizal dan Rania a.k.a R&R .

"Haa..cepat cerita sape yg bagi benda ni kat kau ? dia bagi face to face ke ? behind to behind ? " Aku tanya Rania .
"Dia behind to behind lah . Nama orang yg bagi surat tu dah ada kat bawah surat tu , kau tak reti baca ke ?
"iye ke ? jap jap aku tgk surat tu balik . hmm..patutlah dia tulis dalam bahasa jawi . Aku ingat cop mohor tadi jadi malas aku nak baca . " Aku tgk lama-lama tulisan jawi tu sambil mengeja . Tulisan tu menunjukkan nama Adney .

"Adney ke ? " Rania angguk .
"Adney mana ni ?" Aku tanya lagi . sebab ada beratus orang nama adney kat sekolah aku .
"eih , kat belakang tu ada perkataan Afiq lah . "
"Ohh... Adney Afiq . tak sedap giler nama . Patutnya Afiq Adney , lagi glamour . " Baru aku tersedar lepas sebut nama Afiq Adney tadi . Takkanlah orangnya Afiq Adney kut ...

"Niaa.... Kau jangan cakap dgn aku bahawasannya orang tu Afiq Adney budak sengal sebelah kelas kita tu dan jugak ketua pengawas kita. " Aku mula buat suara seram masa ckp dgn dia .
"iya, memang tulah orgnya " Selamber je minah ni jawab . Tadi bukan main termenung sampai masa jalan tu hampir nak tersadung batu . Kalau kau jatuh tadi memang nasib hang lah !

What!! secara realitinya budak ni memanglah skema ! . Siapa tak kenal Afiq Adney bin Halim ? Dia merupakan ketua pengawas kat sekolah aku . Secara kebetulan pulak aku dgn Rania pun pengawas kat sekolah jugak . Aku jawatan biasa-biasa je sebab aku ni tak bape rajin . Rania pulak dapat jawatan penolong ketua pengawas sebab dia memang manusia yg dilahirkan untuk jadi rajin .

Alah, semua perempuan mcm tu semuanya rajin . Kalau ditengok balik masa kat kelas tu cuba perhati kaum mana yg selalu kena denda ?
Kaum Adam jugak yg selalu kena , manakala Kaum Hawa dok tersengih-sengih menggelakkan Kaum Adam yg didenda serta dihukum . Kaum Adam yg kena denda pulak sebulat suara nak balas dendam kat Kaum Hawa yg dah gelakkan diaorg ni .

Contoh pembalasan yg diaorg akan rancang :
1)letak glue stick kat kerusi Kaum Hawa , kalau pakai glue air gerenti diaorg cam
2)Longgarkan skru kerusi diaorg , tak sampai lima minit duduk mesti jatuh mcm nangka busuk .
Kira Kaum Adam ni kreatif jugaklah . Tapi kreatif tu disalah gunakan . Isy,isy,isy

Tuesday, October 5, 2010

Chapter 2

(Rizal sebagai aku )

Aku Ahmad Rizal atau lebih glamour dengan nama Rizal . Yang sibuk bising-bising kat kantin tadi tu kawan aku . Nama dia Fara Rania . Sedap kan nama dia ??
Aku kenal Rania masa aku umur 6 tahun lagi , fuyoo! muda gila umur kitaorg kenal .
Sekrang dah form 5 , kiranya dah 11 tahun aku kenal Rania ni . Lamanya ...
Sampai sekarang aku dengan dia masih berhubungan sebab TERmasuk satu sekolah yang sama . Mulanya aku memang boikot sekolah dekat rumah aku tu , sebab aku nak masuk sekolah asrama .

Tapi aku tak dpt tawaran ke sekolah asrama pun . Sedih tak citer aku ni ??
Aku ni bijak pandai tapi sekolah asrama taknak kat aku . Huwahh !!!
Hari pertama aku masuk sekolah tu ,aku terserempak dengan Rania . Dia duduk belakang aku .
Dia bengang je tengok muka aku , taulah aku ni macho . Dan sampai sekrang kitaorg masih lagi sekelas , masih lagi sahabat .

"Nia , apsal cara kau jalan lain macam hari ni ?"
Serius ! Rania lebih banyak termenung masa jalan . Biasanya dialah orang yang paling banyak mulut . Asal nampak orang je mesti kutuk macam-macam . Memang mcm tulah perangainya .

"Hi ...Rania , how do you do ?" Tegur satu suara bimbo kepada Rania
Rania cuma tersenyum paksa apabila ditegur begitu . Tapi dalam hati Rania ;
'ceh , taulah nak pikat Rizal . Tak payahlah nak bersandiwara depan aku dgn Rizal . Siot betul minah ni ! '
Lalu Gadis tadi melambai ke arah aku . Aku pun terpaksalah balas balik lambaian tu ,nanti dia cop aku sombong pulak .

Gadis tadi pun berlalu pergi . Nasib baik dia cepat-cepat pergi , kalau sibuk terhegeh-hegeh kat sini jugak ... tak taulah apa nak jadi . Mesti aku dah termuntah kat atas rumput yg hijau ni , muntah pun warna hijau . Sesuai sgtlah tu !

Gadis tadi namanya Lisa . Dia ni teramatlah glamour dengan group dia tu . Aku terdengar jugak desas-desus dia nak pikat aku . Heee,,, tgk perangai dia tadi pun aku dah boleh agak memang sah dia nak pikat aku ..

Tidak !!



Monday, October 4, 2010

Aku Bercerita , Engkau Mendengar

Chapter 1
... Aku duduk di kantin untuk menelaah sementara menunggu ibu yg busy dgn meeting
takde idea nak buat apa ...
Dalam poket aku ni ada handphone , rasa mcm nak dengar lagulah ..
dan aku mula memasang lagu korea Can't believe it nyanyian Younha
Aku ni sejak azali lagi sangst gilakan Korea,Taiwan dan Jepun
Mereka patut bangga dengan aku yang setia ni ... hehe!

Sedang aku khusyuk mendengar lagu , datang seorang hamba Allah . Entah apa entah dia nak ? Nak kena tempeleng dengan aku agaknya .
"Haiii , kau tengah buat apa tu ?" Tegur Rizal pada aku
"Oh,..aku tengah panjat pokok ni , rasa macam nak petik buah rambai pulak "

"yelah tu .... taknak balik ke cik ?"
"kau ada nampak aku kemas beg nak balik ke ?"
"kau ni , asal aku tanya mesti nak berlongkang buruk dgn aku .Tak suka arr"
"kau tak suka .. tapi aku suka . Haha!" Nak tergelak aku tgk dia ni
muka mcm pengemis tepi jalan aje ..

Aku tau dah , dia mesti nak ajak aku balik . Tu pasal asyik tanya benda yg dia sendiri nampak . Sebab tulah aku selalu berlongkang buruk dengan dia ni , pergi tanya benda yg secara lumrahnya dia nampak . kenapa tak tanya "

"Kau pakai stoking tak hari ni ?"
"kau pakai kain dalam tak ?"
"kau pakai sunblock tak hari ni , karang hangus pulak kulit kau tu "

Cubalah tanya benda yang logik dek akal sikit ..
"sudahlah tu Zal , kau nak ajak aku balik kan ??"
"takde arr aku nak minta kau bayar hutang aku .. "
"ah kau , balik sendiri lah ! "
"yelah-yelah , jomlah balik ... nanti kau mesej jelah kat ibu yg kau dah balik "

Aku mencebik je dengar dia ckp . Malas gila nak balik jalan kaki sekarang ni , dahlah panas terik,balum masuk hujan ribut lagi tu .
Hangin je aku dengan dia ni .! .
Kalau aku tak ikut dia balik nanti dia cakap aku dah gemuk dan sgt perlukan senaman atau dia akan ckp otak aku makin bengap sebab selalu tak bersenam . Kalau dia ckp macam tu , dengan otak dia sekali aku campak kat tong sampah . Padahal dia lagi bengap dari aku , masih taknak sedar diri pakcik ni .