Saturday, February 25, 2012

Move Out From Here

Annyong Haseyo~!

Wah dah berzaman tak post kat blog ni ,
ni blog yg kedua, biasalah kalau diabaikan tu

OKlah.. nak story sikit .
semalam ada larian uda ,
pastu terdengar desas-desus dijah nak pindah sekolah
tettt! terkejut tapi tak kisah
sebab result PMR dia memang cemerlang
kenapa aku mesti nak kisah kalau dia pindah
memang dia nak pilih jalan tu
aku takde sikit pun hak nak halang dia

Dia pindah SMSI. sultan iskandar.
hahah.. yeah aku dah start teringat kat kawan lama
pojan pun ada kat sanalah
ingat tak Azim dulu ?
azim pun ada kat sana tau .
so, takdelah risau mana.
Lagi pun kat sana budak lelaki dia mungkin lagi baik
bolehlah dijah ushar -ushar.. hahaha!

Jadi nanti aku tinggal inform kat kawan aku and dijah je
aku rasa an miqi mesti jealous dijah dpt SBP.
sebenarnya SMKA lagi susah dari SBP.
tapi aku hairan kenapa sepupu aku selalu CEMERLANG DGN RAMA-RAMA??

Tadi open FB,
wahideen pulak letak status,
dia pun nak pindah SBP kat muar.
eceh ~ dulu bukan main kata tak nak pindah
tapi dah dia nak pindah , suka hatilah ...
dia tak pindah sebab dijah tak pindah .
sekrg dijah dah pindah , dia pun nak pindah
kalau tak pun dia akan dipindahkan ke Damansara Aliff nanti

So,Tahniah lah !

Kepada yg dah sedia pindah ke teknik,ssi,mrsm,sbp dan smka....
aku doakan korang semua boleh sesuaikan diri
memanglah rasa mcm rusa masuk kampung
tapi tu desicion yg korang dah buat
sekali korang dah buat jgn tarik balik !
mundur namanya tu ..

aku harap korang dpt belajar kat sana baik-baik
ingat... masuk kat asrama atau sekolah pandai
maksudnya semua benda kita kena buat sendiri
termasuk aktiviti kokurikulum ..
kena aktif ... takde cikgu yg nak ingatkan kau aktif dalam koko kat sana
kalau ada orang buli ke apa.. buat bodoh aje ..
jgn rasa takut dgn orang yg nak membuli tu
kalau dpt jumpa lelaki yg lagi better and better from uda
please tangkap dia ya, buat kawan baik .
Hahaha..~
kepada yg lelaki dpt jumpa awek yg baik gitu
tangkap tau ..
hahahaha

Aku pun sebenarnya nak pindah
tapi bila tgk family aku ni ....
aigoo~ dgn adik yg tak boleh harap
nanti kalau daddy aku outstation ke haper
sapa nak menjaga nak menolong mak aku tu?
rumah aku pun nanti mesti sunyi sepi je
maklumlah adik beradik 2 orang aje

tak mcm korang , adik-beradik berlambak-lambak
sampai kena berebut bantal dgn tilam ..
aku relax aje tidur dgn bantal yg berlambak-lambak
hahaha..
jadi, tak bolehlah pindah .
kalau adik beradik aku ramai bolehlah aku pindah
nanti kalau mak aku sakit boleh diaorg tolong jagakan
hehehe...

Takziahlah pada aku yg tak pindah sekolah ni
:D

annyong.
Semoga berjaya kat sana.

Tuesday, December 27, 2011

Blog yang Sepi

Annyong Haseyo~!

Aku kan ada 2 blog ,
tapi sebagai tuan blog aku selalu abaikan blog yg bongsu ni
kesian.. patutlah tak membesar.
rupanya tak cukup kasih sayang ..
Hahaha~

2011 dah nak habis dah
adakah semua org sedar itu ?
aku pun baru sedar..
rasa totally boring
kenapa lah cepat sgt tahun kegemilangan aku ni tamat
tahun 2011 ni tahun kegemilangan tahu tak ?
kan? kan ? budak form 3 semua.

Tahun depan aku dgn chingu
dah kembali jadi junior
junior bagi menengah atas
elok-elok tahun ni jadi Senior tertinggi
tiba-tiba kena turun pangkat balik
what the case??

Ya aku tahu masa tak boleh berputar balik
tapi dalam video ni boleh putar balik apa..
tak caya click situ ..

nanti aku akan buat post 2012
kat blog lagi satu
kepada semua pelajar
dah siapkan baju sekolah belum?
dah beli buku sekolah belum ?
dah beli kasut sekolah belum?
dah beli alat tulis belum?

paling penting ...
sebelum naik sekolah ni buatlah latihan banyak-banyak
aku skrg tgh busy buat latihan menulis
supaya nanti cikgu bagi aku homework banyak-banyak
aku dah get ready

Yeah ~!!
Fighting !

Thursday, November 17, 2011

Apa citer result lu ?

Annyong Haseyo~

Fuh .
aku dengar semua candidates UPSR dah amik result
wahh! mesti best giler kan ?
aku dulu pun mcm budak-budak ni jugak ..
dapat amik result UPSR

Tapi ....
result aku tu takdelah seGEMPAK korang punya
cuma 2A .
okeylah tu...
masa dapat result tu ,
aku rasa mcm tak percaya

Ada jugak subjek yg aku dapat huruf A
ingat senang ke nak dapat A ??
aku ni dah lah bukannya pandai mana
lagi-lagi masuk bab BM dgn Math .
Hancusss beb ...
boleh kira dgn jari tau bape kali je aku dpt A untuk subjek tu .

Hahaha!
bila teringat balik benda tu

Aku sungguh rindu dgn kawan-kawan aku masa darjah 6
diaorg kan .. semuanya cita-cita tinggi .
aku ?
hahaha!
cita-cita aku sederhana je sebab aku dah cukup tinggi .
heheh...

Monday, November 14, 2011

Action Here 2

Annyong Haseyo ~

Dah baca post bawah tu .
post tentang boy and girl
aku rasa kelakar....
entah-entah apa-apalah story tu.

Sapa entah yg tulis story tu ??
korang boleh teka tak sapa?
aku agak kan .... (akulah yg tulis.. haha)

okey,okey lah...
aku memang dah sewel .
kenapalah aku tulis cerita mcm tu ?
mengarut je ..
tapi bila baca balik story tu mcm comel je .

Sinopsis :

Girl terpegun melihat boy yang rupanya hampir sama
seperti David Archuleta.
Jadi matanya terus menerus digam pada boy.
boy pulak seorang yg nakal dan baik sebenarnya.
dia menyuruh girl menjadi servant kerana dia mahu lebih mengenali girl .
tapi girl ni slow sikit .
dia langsung tak dpt tangkap apa yg boy cuba sampaikan .

Kesimpulannya, diaorg ni ada FAILURE COMMUNICATE.
lepas ni diaorg kena berusaha lagi untuk membetulkan masalah tu .



Tu je jalan ceritanya .
Cuma cerita biasa ...

Sunday, November 13, 2011

Action here

Annyong Haseyo ~

dah pagi pun . pukul 3 pagi tau dak ??
awat hang tak tidur lagi sab ?
hahaha... aku ni kan OWL mana boleh tidur .
oklah ... lepas habis ni aku pasti akan tidur
tidur sampai aku rasa tak penat .

Hmmm... nak buat apa ya ?
kita baca ni .

****************************

Ada seorang budak lelaki dan perempuan . Gelar mereka sebagai Boy and Girl aje. Lagi easy kan ?
Pada pagi yg gelap tak gelita . ada seorang Girl berjalan tanpa arah tujuan .
dia nak pergi ke bangku rupanya .
disebabkan belum ramai orang sampai dia tunggu sebentar di bangku.
di tangan pula terdapat sebuah buku kosong .

Entah kenapa dia rasa dia perlu bawa buku kosong ini ke mana-mana
(aku pun heran .. kenapa ?)

Tup tup ...
dengar bunyi tapak kaki berderap

GIRL: what sound is that?. (dia cuma bisik je)

the Girl mula mencari arah bunyi itu.
actually, tak perlu cari ... bunyi itu sudah pun lalu dihadapanya
Girl terkejut . muka dia terpegun je tgk pemilik bunyi tadi
(aku dah cuak dah ni )

Boy. itu Boy. dia juga terSHOCK apabila melihat mata si Girl bulat
memandangnya .
BOY: awat budak ni tgk aku semacam aja . muka aku ada bedak kah?
(haha... sengal betul budak ni )

Boy pelik. sebenarnya boy nak korek je mata si Girl.
tapi sebelum tu dia kena tahu dulu apa sebabnya.
Boy bertindak berani.
sudah elok-elok jalan menuju ke destinasi sendiri
dia berpatah balik ke bangku si Girl .

Girl melihat tingkah itu dan mula cuak .
bulu roma meremang mcm askar tegak .
(kenapa dia kena takut erk ? aku pelik ni)

GIRL: alamak! dia patah balik . apa aku dah buat.

Boy berjalan ke arah Girl dgn banyak tanda soal di kepala .

BOY: ??????????

so, here it is ..

Girl : adoyaii... dia sudah dtg maa.. tapi guwa tak jemput pun dia ni dtg sini.
Boy: hey, may i ask you something?

Girl: speakin' pulak mamat ni . .. " bisik girl perlahan
Boy: Excuse me ? apa awak ckp tadi ?

Girl; ohh.. takde apa. cuma ada semut dalam kasut ni . gatal pulak.
Boy; gitu ke . tak bawak FEBREEZE ke ?

Si girl pelik . kenapa pulak dia nak febreeze ?
nak buat iklan ke apa ni ?

Boy: kenapa pandang saya semacam je tadi ?
Girl: err... haa... ehem-ehem.
boy: tu ke jawapan bagi soalan saya tadi . Ehem-ehem? tu ke jawapannya?

Girl sudah bengang !

Girl: wey, saya sakit tekak sebab tu kena berdehem dulu . isy!
Boy: kenapa?

Girl: David Archuleta
Boy: excuse me ? what!?
Girl: David James Archuleta.

Boy: so ? apa kena mengena dgn pandangan awak tadi tu ?

Girl merasakan si Boy langsung tak memahami.
atau pun memang salah dia sendiri .
salah dia sebab tak reti menyampai .

Girl: you. face. is. similar. to. David. could you understand now?
Boy: ohh ..gitu eh ? serupa eh? ada cermin tak saya nak check.

Tiba-tiba girl menghulurkan buku kosong di tangannya.
fikirannya tgh melayang ketika itu ..
Girl sendiri tidak sedar apa yang telah dia buat .

Boy pula telah naik heran.
Boy: aik minah ni, aku minta cermin dia bagi buku.
kalau aku minta pen mesti dia bagi pisau nanti . haha

Boy mula berfikiran nakal . ehehehe...
(apa ajalah si boy ni fikir?)

Boy mengambil buku yang dihulurkan tadi
dia menulis no.telefon dan namanya.
juga e-mailnya .
kemudian....

Girl: Woyy! apa ni baling buku-buku kat kepala orang ?
Boy; just take it and silence .

then, boy b
berjalan dgn senyuman di bibir.

**************

Girl terpinga-pinga .
dia lost dgn tindakan boy .
apa yang dia buat tadi ya ?

cepat-cepat dia melihat buku yg ada di tangannya.
Girl: sapa punya contengan ni ? vandalisme betul !

Girl baru sedar . dia sudah tersilap tingkah tadi .
di kepalanya mula memainkan semula rakaman tadi .
rakaman yg dia telah buat.
seolah-olah tingkahnya tadi .....
ingin meminta no.telefon si Boy tadi .
I'm wrong ! its is all my fault .

Boy di mana boy ? girl berbisik sendiri.

David archuleta yang satu ini
memang betul-betul sudah buat
hatinya menjadi SIMEN.

***********

Girl: sorry .
Boy: once again
Girl: Sorry . [ dgn suara yg kuat sikit]
Boy; hahaa... saya baru nak sebarkan berita ada org ngurat saya

Girl: impossible. itu fitnah namanya. jgn buat yg bukan-bukan .
Boy; your fault. explain please.

Girl: you are David. You face is just like david . I'm sorry .
saya cuma salah anggap je. lepas ni awak anggap je kita tak kenal.


Boy tersenyum lagi. kali ini dia cuma senyum sembunyi saja.
kerana dia mahu menunjukkan kejahatannya .
hahaha...

Boy: heck... [dgn pandangan jahat] kalau mcm tu. You're with me.
Girl; what? what the heck is that. Malay please.

Boy; awak dgn saya .
Girl ; ohh.. fans ya? saya memang fans David Archuleta.

Boy seolah-olah rasa girl sengaja alih channel.

Boy: jgn alih channel please.
Girl; I mean it okay. I'm your fans. From now on .
Boy; no! servant. awak nak saya pretend tak kenal awak mcm tu je..
dgn 1 syarat. be my servant for a month. Deal darling?

Girl: Hah! wait the second. are you serious?!
Boy; no playing in this problem .

Girl: just a month ?
Boy; i change my mind. Forever. hehe
Girl: forever? zutto zutto?
Boy; Zutto.

Dan Girl terus pengsan .


continue then....

Thursday, November 10, 2011

Main-main aje



Hey yosh ~
How are you blog?

Blog u-kiss ni sihat ke tak ea?
entah dah bape lama dibiarkan
sampai orang bukak pun tak boleh bernafas .

cuti-cuti mcm ni takde apa-apa aktiviti yg boleh dibuat .
objectif adalah ..

Aku nak habiskan drama Protect the Boss secepat mungkin!
bolehkan?

Semalam tgk Episod 3 and 4 je ..
auww... sweet Jae Joong .
tapi jahat pulak .
hahaha

Aku suka masa diaorg pergi Amusement Park tu .
gwiyeoun naega~
No Eun Seol and Cha Ji Heon .
huhu...

Running man .
Fu..fu ..

SAKIT perut wa ketawa kuat-kuat.

tapi bukan ke ketawa tu satu exercise ?
so, jom lah exercise .

Onew kata "When You laugh, You received Laugh"

Aishh... bila onew dah kata tu .
jgn lupa ketawa puas-puas sampai keluar air mata darah .
keluarkan semua yg terpendam dalam hati .

Ketawa marah
ketawa sedih
ketawa bangga
ketawa jahat
ketawa happy
ketawa malu
ketawa tak tahu malu .

Well, banyak jenis ketawa kat dunia ni .
samalah mcm sedih .

sedih gembira
sedih marah
sedih merajuk
sedih kecewa
sedih malu
sedih buat-buat

entah bape banyak sedih entah .

gembira?

ada ke?

gembira sedih
gembira happy
gembira suka
gembira marah
gembira kecewa
gembira fake

rasa mcm takde je .

Gembira adalah Gembira .
tapi hati ikut gembira ke kalau muka kita gembira ?

entah la ~

Its is too complicated .
neither you search on Ensiklopedia nor Dictionary
can you found it?

Answer is all come from you yourself.

Tuesday, August 23, 2011

Kisah-kisah kurang penting

Annyong Haseyo~

Aku kembali lagi ke blog yg bertemakan U-KISS ni
sebab aku rindukan Dong Ho lah
hari ni baru rasa nak buat post sebab hari lain busy mcm org office

Aku ada beli novel baru tajuk dia Bukan Cinta Monyet
Monyet ??!!
hahahaha..... comel tau cover novel tu siap ada patung monyet lagi
tu je aku nak story pasal novel ..
cerita dia best jugaklah
tapi aku tak bape suka laki dia sebab laki dia lembap sgt
mcm Baek Seung Jo ~
hahaha!!


Sejak akhir-akhir ni aku selalu balik lambat dari sekolah
dan
aku selalu duduk kat bus stop sambil berbual dgn kawan-kawan
maklumlah kat kelas takde masa nak berbual
sibuk nak buat kerja tu, kerja ni ...

mcm-mcm benda aku berbual tapi
masa berbual tu ada satu perkata yg aku teringat
aku tak ingat mcm mana rasa suka kat org lagi ...
benda tu yg aku teringat...
aku dah tak ingat mcm mana rasa nak suka org
itu benda yg difikirkan semalam

tapi hari ni ...
hari yg penuh dgn rahmat
Allah sgt memberkati bulan Ramadhan ni

Disebabkan hari hujan aku terus berdiri tanpa tujuan
tapi pada satu masa ....
pukul bape entah , aku terpandang sebelah kanan aku
aku ternampak mcm muka yg aku kenal
pastu mata aku dgn mata dia bertemu

Apa yg aku rasa masa tu ?
hmmm...
tak susah ...
masa tu aku rasa malu sgt
walaupun tak tahu kenapa kena rasa malu bila pandang org tu
kitaorg tak pernah berbual, tak sama form , tak sama kelas, tak sama interest

tapi kitoarg sama rumah sukan, sama tinggi,

Tiba-tiba aku rasa malu sgt bila pandang dia ..
cepat-cepatlah aku alihkan pandangan kat awan hitam tu
pastu budak tu dia duduk berteduh kejap

hati aku pulak ...
masih lagi berdebar campur malu

tapi ??!!!
kenapa aku malu ???!!!
peliklah
tak pernah terjadi ...
sejak aku aku dgn kawan lelaki aku yg zaman aku kecik dulu berpisah
lepas tu aku dah tekad tak nak suka sesapa
walaupun aku pernah couple masa sekolah menengah
tapi perasaan suka tu tak wujud pun dia
memang aku banyak menipu diri sendiri

susah untuk aku suka org lain selain si dia yg dulu
skrg si dia dah jadi terkenal dgn bermain boling
dan abg si dia dulu abg angkat aku yg selalu bagi INSPIRASI pada aku
samalah mcm skrg ....
Aku ada SI ... tak semestinya dia SI aku suka dia
tolonglah .....

Kewujudan SI tu hanya untuk bagi SUMBER INSPIRASI pada aku
tu aje sebab SI tu wujud .. dan aku tak suka dia pun
perasaan dgn dia tak sama dgn perasaan dgn budak yg aku terpandang tu

ItS ALL different ....

Bila hujan tadi reda sikit budak laki tadi pun jalan
aku cuma tersenyum bila pandang dia
dan nasib baik dia tak perasan
Alhamdulillah
kalau perasan malulah aku ,

Sebaliknya aku tau ....
dia tak mungkin akan dgn aku ,
sebab dia mungkin dah ada awek
mungkin dah ada calon awek
pastu .... dia form 5
tahun ni SPM .. aku PMR
sama-sama ada periksa besar
benda mcm ni selalu jadikan aku tak sedar tentang perasaan sendiri

Hati aku hati Keras
aku tak kenapa hati aku keras
dan satu hari nanti aku harap ada org boleh cairkan hati aku

Buat masa skrg yg boleh hidupkan jiwa aku
cerita korea,jepun dan china
tu ajelah SOULMATE aku ...

Seorang dia aku harap kau belajar rajin-rajin
dan harap kau bahagia selalu
jgn sedih-sedih .